Friday, August 19, 2011

"WANITA"...ADAKAH KAU HEBAT???


Siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini.
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising
...perempuan, stoking pun kena pakai.

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
konfem tak tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool jerrr.
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit
nak pergi kelas pon susah
cuba tengok budak lelaki, selamber jerr
kadang-kadang setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive jerr.tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit

hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati mereka Allah jadikan lembut betul
cepat je sensitif
cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yang paling susah nak lupa
lelaki lepas putus cinta cepat jerrr cari yang baru
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan? lelaki boleh gelak-gelak lagi
lembut tak lembut hati perempuan
tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki

hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah.diorang cakap, Allah tak adilkenapa Allah lebihkan lelaki?
Kenapa perempuan kene dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 orang anak lelaki, tak susah macam nak jaga seorang anak perempuan.

Disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan-perempuan kat luar sana yang memberontak.
Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pun'.
Mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki
mereka sanggup gadaikan diri mereka sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati

kesian kan dekat perempuan?

Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, mereka sanggup rosakkan diri sendiri
mereka cakap mereka buat macam tu sebab Allah tak adil

persoalannya sekarang?
Betul ke Allah tak adil dengan perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?
Betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
tak adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayangkan kaum perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

Kenapa perempuan hebat? Sebab kasih sayang Allah yang jadikan mereka hebat
cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga

HADIS :

" Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai. "

(Hadis Riwayat Ahmad)

Tak adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah padamu
betapa cintanya Allah padamu.
Tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran-fikiran negatif yang tak berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
bayangkan dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan
dan seindah-indah hiasan tu adalah wanita solehah.
Kesiannya dekat perempuan yang menolak untuk menjadi seindah hiasan kan?

Wahai wanita, nampakkah anda betapa sayangnya Allah kepadamu. Kenapakah kamu masih berdegil untuk mengikut perintahya. Pernah kah engkau tahu betapa sedihnya Allah pabila melihat kaum wanita yang sepatutnya senang untuk memasuki syurga menjadi perempuan yang durjana.

YA ALLAH !!
Kau ampunkanlah dosa-dosa kami,
Kau berilah kami kesihatan tubuh badan,
Kau berilah kami rezeki yang melimpah ruah,
Kau berilah kami akan jalan yang lurus,
Kau kuatkanlah iman kami...
Amin Ya Rabb...

Monday, August 15, 2011

Kenapa perlu sembah kain hitam???


Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?" ...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak....."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah...... selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

peace out!!...(-_^)"..



(Isi yang terdapat dalam Ka'bah)


(Kunci Ka'bah pada mulanya ketika waktu dulu)


"KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS"


"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim…bismillahirrahmannirrahim" Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :

"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Nota: Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW `Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

Friday, August 5, 2011

Kehidupan??? & Alam Selepas Perkahwinan (P/S:Wahai LELAKI,cintailah ISTERIMU selepas kamu mengahwininya!)



Alhamdulillah..berkat bulan Ramadhan yang mulia ini dan kesungguhan niat,akhirnya dapat jugak wulan graduate ijazah master jpj motor hari ni..hihihih..Click Me~

Bukan ape,takotnyer mengambil test jpj ni gementar die lebih teruk dari amek spm mase dedulu,mau x cuak rasenyer.maklumlah,orang first pulak amek test jpj pagi td..huhh..Lepas result diberi,Alhamdulillah..LULUSSSS!!!..mekasih pade En.Aznan yang banyak membantu dari awal hingga ke akhir jpj ku hari ni Click Me~

Sebenarnyer ade lagi cite disebaliknya yang menyentuh hati dan perasaan wulan hingaa saat wulan type entry ni.Memang sedih sangat wulan rase klau wulan berada di tempat wanita tu mase tu..Click Me~

Kisahnyer begini,walau pun ia kejap,tetapi membuatkan hati wulan terasa sentap dan marah dekat lelaki tersebut.Ketika wulan sibuk2 dengan gembiranya ke kaunter nak wuat lesen baru, tibe-tibe datang seorang wanita bertudung.Agak2 umurnyer awal-awal 30an.Wanita yang bertudung biru, memakai baru coklat dan berseluar hitam lalu masuk ke dalam pejabat dengan menunduk mukanya lalu terus menuju ke kaunter menanyakan sesuatu kepada kerani di situ Click Me~

Selepas dia pusing alih2 ade seorang lelaki masuk, (mungkin suaminya),die cube berinteraksi dgn lelaki tersebut yang ala-ala macho,berlagak,bermisai,kurus dan tinggi sikit..tibe2 ruangan di pejapat yg seakan kecoh2 sikit terdiam bila lelaki tadi tu menengking perempuan tersebut di khalayak ramaiClick Me~ Mungkin wanita tu isterinya sebab wulan terdengan die panggil "abang" pada lelaki tersebut dan wulan tengok adanya tanda hormatnya pada lelaki tu.

Bayangkan sesuka hati je lelaki tu menengking wanita ni depan orang ramai dengan muke selamber siput sedut die tu.Peeehhh..memang wulan dah panas tgk,nasib baeklah bulan ramadhan,kene sabr sikit hati tu.Click Me~

Wanita yang lemah lembut tu,tidak membantah dan lansung tidak melawan kate2 lelaki itu dan terus mengikut keluar di pintu utama bersama lelaki tersebut.Nampak kesedihan dan tahan malunyer wanita itu depan orang ramai di situ.Kasihan benar wulan melihat wanita tu diperlakukan sebegitu.Tidak bolehkah lelaki itu bersabar dan tidak "menengking" wanita itu di situ.Tidak wajar langsung dan amat memalukan sama sekali bersikap sedemikian!!

Kadang2 wulan tertanyer2,mengapakah manis sangat waktu bercinta,tetapi manisnya cinta itu pudar setelah berkahwin???Mana perginya??Mana hilangnya??hurm...Kadang2,kita terlalu menyayangi seseorang sehingga terlupa pada Pencipta.Akhirnya,sayang yang kita inginkan selepas perkahwinan pudar dan layu di bawa arus perpisahan.cube kita lihat sekarang,ramai yang kawin tetapi x sampai 2-3 hari dah bercerai.Alasannya,tiada keserasian lagi..Masya Allah,minta-minta dielakkan pada kita semua Click Me~

Harap-harap kejadian sebegini x berlaku lagi depan mate wulan.bukan x nak,cume akan meninggalkan sakit hati dan sedih melihatnya.bayangkan wanita yang baik dan lemah lembut bertutur kata ditengking dan dimarah2 percuma je depan orang ramai.kalau wulan di tempatnyer,mau wulan pecut 800 meter lari tahan malu dan sedih Click Me~

Xpelah,moga yang berlaku hari ini menjadi iktibar dan petunjuk bagi wulan dalam melengkapi hari-hari sebagai hambaNya di muka bumi ini.semuanya hanya pinjaman,tiada yang kekal abadi melainkan Yang Maha Esa.Bercintalah dengan hati sendiri dahulu sebelum menyerahkannya kepada orang lain..Click Me~











Thursday, August 4, 2011




"Bila engkau letih dan hilang semangat
Allah tahu engkau mencuba sedaya upaya
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu duka
Allah telah mengira titis air matamu
Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu
Allah tetap bersamamu
Bila engkau kebuntuan akal
Maka Allah adalah petunjuk jalan
Apabila engkau telah berazam
Maka bertawakallah kepada Allah"

Wednesday, August 3, 2011

Istikharah Cinta...



~Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang~

Aku mulakan langkah ini...
Subhanallah...
Maha Suci Engkau Ya Allah...

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Diistikharah cinta..


Ada doa seiring malam yang berdendang
Ada tangis dalam pagi yang bergemerlapan
Ada tawa dan bahagia yang datang
Dan ada taubat dalam subuh yang menjelang

Aku makhluk di bumi
Lelah dan inginkan keindahanmu
Rindu pada Ramadhan yang khusyuk
Cinta pada senandung ayat-ayat Al-Quran yang beriringi

Marhaban Ya Ramadhan
Masih ada waktu menyambutmu
Tapi hatiku was-was tak terkira
Takut tidak bisa merangkulmu

Kau begitu dekat
Seakan mudah untuk dihampiri
Tapi Allah pemegang detik waktu
Aku pun harus tabah jika harus pulang di hujung penantian

Harapan Ramadhan akan terus bersinar
Berjalan membersihkan semua dosaku
Membasuh seluruh raga
Dengan tarian taubat
Menyejukkan mata dengan tontonan syurga
Dan memantapkan telinga dengan nyanyian-nyanyian
Para Malaikat

Ada untaian kemaafan
Untuk semua makhluk
Khilaf yang tercipta
Dosa yang terbaki
Dan cela yang menilakan belanga

Salam Ramadhan,
Mohon maaf lahir dan batin...

~Ikhlas dari Tengku Wulan~


Rindu Sang Musafir...



Setiap malam yang kulalui
Dan setiap bulan yang kusapa
Terasa indah di depan mata
Dan mudah sinar ketika mentari tiba

Rasa takut dalam diri selalu menyelimuti
Akan ketakutan di pagi hari
Rasa sedih dalam hati selalu menghantui
Akan kesedihan di malam hari

Ombak yang menyapu seakan sia-sia
Menghapus semua khayalanku

Terasa bersanding di puncak tinggi
Dua bunga yang kusapa
Menjadi beban khayalku

Aku ingin menjadi orang nomor satu
Namun semua kerana kebodohanku

Aku sadar bahwa aku salah
Dan aku juga sedar
Bahawa aku bukan mereka
Dan mereka bukan aku

Malamku jangan kau bersedih
Pagiku jangan kau menangis
Siangku jangankau mengeluh
Subuhku jangan kau meredup

Semua kerana
Harapanku masih tergantung pada keindahanmu

Monday, June 27, 2011

Sehari bersama adik-adik junior yg tersyang...

Assalammu'alaikum...

Hari ni entry biase2 je,tp boleh la dilayan kalau bosan2..Bukannye ape,sje dok update kenangan bersama junior2 ni.Rugi pulak rasenye klau knangan tu dibiarkan berlalu begitu saje tnpe diolah dan di disimpan rapi sebagai kenangan abadi..huhhu...

Ni plan gi ke mlake memang x dirancang..Hati je sebut2 nk mkn lempeng besar lagi..tp entahlah bile la dapat di luluskan proposal hati ni..hehe..Pas menhidupkan kembali lesen "L" yg dah nk mati esok harinyer,tercadang plak nk mkn lempeng besar a.k.a. "PIZZA"(name ongputihnyerrr)...ape lagi,hnya junior je ade saat tu,so we all decide pi mkn lempeng besau tu..hahaha...layannnn..walaupun kowang sume skip gi clss ctu hari tu..ayoooyooo...hehehe...




Sape la yg paling lapor ye saat tu??fikir2kanlah dan renung2kanlah...hehehe..dgn mkn lempeng besau + ayam + bubur lambok + cheess pwder jwabnyer kekenyangnlah kowang sume kan???..nk gerak kluar pun dah x larat..hehehe


Sape punyer ni??




ni sape pulak???


yang ni??

Pastu pkir punyer pkir we all decide pi maen guli besar a.k.a (bowling) pulak.Dengan beraninye kowang skip clss CTU...hahaha...abislah balaja CTU kat MP nmpknyer..hehee.





~mail lambong nih...hahaha..kuat beb!!~

By the way,akhirnya mail lmbung menang jugak akhirnya..siyes,hari tu best sgt2 ngn adik2 junior ni.Korang memang best la..ti senang2 kita kuar same2 lagi ye..Thnks sgt2 kat kowang sume..sayanggg korang!!!...


Thnks to nurul,nabil,nabila n mira...miss u all..

Saturday, May 21, 2011

Air Mata Hariesya.."Selamat Hari Ibu"...

Hidup ini luas pengertiannya. Adakalanya ia penuh dugaan dan ada kalanya penuh dengan kesungguhan bagi seseorang itu dalam mencapai cita-citanya. Mendapat apa yang kita ingini dalam kehidupan kita memang sukar untuk dicapai bahkan memerlukan seribu pengorban. Banyak perkara yang harus di hadapi dan ditempuhi dalam seharian hidup kita. Bermacam-macam ragam yang kita dapat lihat di dunia ini. Bahagia, suka, gembira, tertawa, tapi ada juga segelintir yang dihimpit dengan kedukaan, kepiluan dan kesedihan. Alangkah bahgianya kalau dunia ini tiada kesedihan. Tapia pa gunaya Allah berikan perasaan itu kepada kita? Ini bertujuaan menguji seseorang hambanya dalam menghadapi dugaan dariNya. Inilah kehidupan, penuh dengan pengertian dan persoalan. Ternyata kita sebagai hambanya adalah sebuah gimik lakonan dan dilakonkan di atas pentas yang dinamakan dunia. Jika baik lakonannya, maka baiklah penghargaan diberikan padanya kelak dan jika tidak , maka ia adalah sebaliknya. Kehidupan ini adalah takdir yang telah tertulis untuk kita. jadi buatlah yang terbaik agar kehidupan dan hari-hari yang kita lalui itu bahagia…
Tanggal 11 januari 1991, aku dilahirkan sebagai insan baru di muka bumi ini. Dilahirkan dari rahim seorang insan yang bergelar emak. Mungkin begitu hebat pertarungannya dalam melahirkan diriku. Penatnya,kesihatannya tidak terbalas, asalkan insan yang bakal dilahirkan ini membahagiakannya suatu hari. Tawaku, senyumannku mungkin cukup sebagai peneman dan kebahagiaanya setelah aku lahir. Semua itu cukup baginya untuk membalas kepenatan dan kesakitan dalam hidupnya dalam mengandungkan aku. Hebatkan kekuatannya dan kesungguhannya? Aku bersyukur, ditiupkan roh ke atas jasatku dan dilahirkan kedunia ini. Indahnya kudilahirkan ke muka bumi ini dan disambut dengan kegembiraan ahli keluargaku yang lain.
Aku ada ayah dan aku ada emak. Mereka sama-sama membesarkan aku. Seekor nyamuk pun tak berani datang kepadaku. Mana tidaknya, aku dijaga dan dibelai dengan jagaan rapi oleh mereka. Tapi aku tidak ingat apa yang berlaku di masa-masa kecilku. Andai diberi peluang untuk berbalik pada masa lalu, pada masa-masa kecilku akan ku hayati dan ku pegang erat-erat genggaman seorang yang bernama emak dalam kehidupanku. Akan ku sentiasa berada di sisinya dan menghiburkan hatinya semampu hidupku.
Akan ku buat hari-harinya bahagia dan tersenyum. Akan tetapi nikmat itu hanya sementara saja untuk aku bersamanya. Hanya seketika..
Dua tahun masa aku diberikan bersamanya, aku dilahirkan, dibesarkan dan dididik dengan kasih dan sayang, akhirnya dia pergi tinggalkan aku. Mungkin aku tidak mengerti perasaan aku pada waktu kecilku. Tapi pabila hari-hariku meningkat dewasa dan mengerti erti kehidupan, aku rindu belaiannya, kasih sayangnya, ciumannya dan pelukannya pada diriku. Aku kesepian..tiada tempat untuk aku bermanja, bahkan aku hilang kasih sayang darinya yang tiada ganti di ats muka bumi ini. Aku rindu pelukannya dan kucupan mesra seorang ibu pada anaknya. Adakah sesiapa memahami perasaanku ketika ini, adakah kebahagiaan itu hanya seketika bagiku? Aku ketandusan kasih sayangnya darinya, aku amat merinduinya pada saat-saat ini. Tapi dia tidak akan pernah kembali dan tidak akan penah berada di sampingku lagi. Tapi aku sentiasa berharap agar dia datang ke sisiku dan melihatku tersenyum padanya. Emak terima kasih melahirkanku kedunia ini dengan seribu kekuatan dan semangat untukku bernafas di muka bumi ini. Aku sentiasa merinduimu dan mengingatimu dalam hidupku kerna engkau adalah sumber kekuatan dalam diriku. Sekalipun dirimu tiada lagi di dunia ini, ku berharap dirimu bahagia di sana dan dicucuri rahmat ke atas rohmu dan ditempatkan dengan golongan-golongan orang yang beriman dan beramal soleh. Engkaulah insan yang terhebat dalam hari-hari ku saat ini dan selamanya. Insya Allah, amin..
Al-Fatehah khas buat arwah bonda yang tercinta..selamat hari ibu emak..

Friday, March 4, 2011

Mari Belajar Memandu...????

Assalammu'alaikum...(jawab jgn x jwb ea..)..hehehe

Al-kisah bermula di pagi hari
Terangnye hari,lapangnyer hati
sesaje update entry terkini
harap2..puaslah hati kali ini..(ceewaahhhh...)

hahaa..ape den merepek tetengah pagi bute ni??xpe2..sekadar penghibur hati
di kala pagi hari.hari ni hari jumaat..penuh keberkatan.ape kate kite sedekahkan "Al-Fateha" pada ibu bapa,kaum keluarga,sanak-saudara dan sedara2 sesama islam kita yang telah kembali kepangkuan Allah S.W.T.smoga roh2 mereka ditempatkan pda golongan orang2 yang beriman dan beramal soleh.Insya Allah.~Al-Fateha......
(Amin Ya Rabbal 'Alaminn..)

Sebenaunyer,jap lagi de clss,tapiii...jejari runcing ni teringin bebenau nk tekan2 keypad laptop ni.sesaje nk meng"update" kenangan lalu.bukannyer ape,rugi rasenye klau pengalaman dan hari2 kita dipersiakan dan terbiar mcm tu je.n3 kali nie biasa2 aje...sekadar m'upload memori yg t'tinggal... setidak2nya...
bila boring, bila runsing, bila pusing... boleh la jeling2...ye dak??hehee..

Ape tajuk kita ye adik2 ye hari ni???~"Mari Belajar Memandu"..
yeahhhh..pandai pun..(tepuk tgn pada diri sendiri)...
hahaaa..tepuk x??tipu la tu kan??bg sape2 yg tepuk tgn,Alhamdulillah..dah pandai da anak mak tepuk tgn hari ni..bagus2!!!..

Al-kisah disebalik entry ni agak best pada wulan..memang best la..bagi sape2 yang turut padang tok turut serta bersame2 "bete" pasti x kering gusi dan pastinyer pecah usus perut kalian sume..

Sebenarnyer nk dijadikan cite,plan ke-2 ni terbatal krn wulan nk kne pergi KL tgok teman baek wulan masok hspital.kirenyer pagi tu nk gerak ngn budak2 INSAN ke KL pagi tu.tp akhirnya ayah wulan x membenarkan..mgkin faktor jaoh dan keselamatan wulan,akhirnya wulan turutkan kata ayah tok tdk pergi ke KL..

Jadi plan ke-2 menjadilah ni yer???apelah pln ke-2 tu yerk???
haaaa..aroung 1 tghri lps siap geraklah wulan ngn bodyguard2 "bete" yang "machO2" lagi gagah perkase ni.nape wulan kate begitu??hah..dah terang2lah lagi nyate "mike2" sume ni iaitu abg syuk n abg dauz ni peneman hidup dan pendinding besi tengku wulan klau de pape berlaku kat wulan..wahhhh..begitu hebat ya mike ber-2 nih..kompen2 tiada tandingannyer mike2 ber-2 ni bg wulan..hehehe..(hah..kembang la tu!!)

Then teruslah misi plan ke-2 wulan n "mike ber-2" ni "tok cari hadiah besday ayah n mak wulan"..yang ayah wulan 13.2.2011 n mak wulan 20.2.2011..selang seminggu jerk bestday parents wulan ni.so sbgai tanda penghargaan wulan pade mereka yang membesar dan mendidik wulan,wulan hengatkan nk bli hadiah tok mereke..tu yg wulan ajak "mike ber-2" tu teman wulan..layannnnn..

1st destination,kami sampai di "JJ" baru..hah,ni baru kali ke-3 wulan ke sini menjejakkan kaki.almaklumlah,owang bukit cam wulan ni mane geti nk round2 in the world nih..hehehe.so,jalan punyer jln tersangkut la kat accsries kat pkaian lelaki.wah..dah nmpak dah..tetibe abg syuk n abg dauz tunjuk,belt-beg dmpet n sebatang pen dah dibalut together.wah.harge pun leh tahan..(jadilah kowt)..so wulan soh la promoter tu tok smpan lu,mane tau berkenan pusinglah balik n beli mende alah tu.then kami "ber-3" gerakkan langkah ke sebelah wanita punyer accsries..nmpak pulak "beg tangan".ermmm..belek2 punyer belek tersangkutla kat satu beg ni n terus berkenan.tp cm biase,hold dulu brg2 tu n survey kat tmpat laen dulu.mane tau terjumpe yang lagi murah lagi "bergaye"..cehcehceh..hehehe...


>>1st destination<<< so,kami jln2 la jap kat tingkat atas..geledah punyer geledah,selongkar punyer selongkar.turun balik.then bile hati dah terpaut,mate dah berkenan,langkah diatur untuk mendapatkannya.so,wulan gi kaunter n pergi byr hadiah2 tu..nak dijadikan cite,hari sabtu tu hari sedunia tnpa plastik,(xde plastik yg disediakan),so..nk xnk terpkselah bli de satu beg ni.harge die around five ringgit,tp hari tu promosi dapat 1 singgit..berbaloi gak rasenyer(jimat siket)..hehhehe..pe lagi,duit diulur untuk membelinyer..=)

lepas tu,tetibe pewot da krek-krok,krok-krek..tandanyer???..(paham2 jelah ye adik2)..hehehe..mase tu tringin sgt nk mkan bubur McD.so,kat JJ ni xde,lalu kami angkt kaki pergi MC.hah,ade punn..pe lagi wulan order la bubur kesukaan wulan n "mike ber-2" tu pilih set menu lunch..jimat dan berbaloi2 lah jugak tghri tu..hehhe..jemput makan ye...nyum2...lps tu,"errkkk!!!"uppsss sory,tu abg dauz n abg syuk yg punyer bunyi ea..hahaa!!!..




>>>2nd destination<<< then,bile pewot sudah kenyang mate sudah kuyu,ape lagi..BALIKLAHHHH!!!!..hahahaa eh..nanti dulu.cube rujuk balik tajok entry wulan kat atas tu.cube jeling dan pandang2 tajuk entry wulan kat atas nih balik..#wulan said,LOOK NOW!!!..hehehe perjalanan hari tu x berhenti di situ saje..akhirnya ku telah terjerat dan di"kidnap" ke tempat pesembunyian "mike2 ber2" nih..wuaaahhhh...tolong ayahhh!!!!tolong ayahhhh!!!meronta wulan dalam mimpi wulan..hahahahaa...tulung..tulung...keh3~~(terlelap kejap gupenyer!)




>>>>3rd destination<<<<<< xdelah...sbnrnyer mane ntah abg dauz ni ikowt jln shorcut gi stadium hang jebat..kat situ la>>>..jeng..jeng..jeng...praktis pememanduan dijalankan..hehhee..dimulakan dgn peserta pertame iaitu abg syuk merangkap pengarah syukri com telah mendaftarkan diri dalam kursus memandu yg telah dikawal oleh ekspektor dauz..hahaha..

1st impression tok abg syuk:

gaye dah ade..
macho dah mantain
posisi duduk agak kepujian
side mirror da ok
cermin blakang pown da steady
tp bile...nak masookkkkkkk gear..>>>>>>>>
ape jadi ye adik2..???
lu pikir la sendiri!!!!hahahaha
ce cite ce cite skit ape yg telah trjadi tu kak wulan???..
hah..dari wulan yg tersandar kat blakang leh terpelanting kat depan la wktu tu..
hehehee..power,dahsyt,takowt,teruje..mcm2 prasaan la mase dok dlm kete spot kancil tu..kah2!!dgn pemandu yg "stylo" yg agak keberani2an tu..kuredah dan kerelaknlah jiwa,hati dan perasaan tok meneman diowang ni tok blaja memandu.dari pale ni ok terus jadi merong sikit gare2 cam roller coaster dalm kete tu..hahaha..kesian kat "kawan" tu asyik kene gelak n jadi bahan dari wulan..keh2..ade gak snap2 gmbar,tp x sempat nk minta dari "mike ber2" ni.(xpe2!!)Tapi.. lame kelamaan pemanduan "kawan" tu bertambah bagus..dah kurang sikit "senggut2" kete tu.hahaha..

(P/s dari TG.com..belajarla memandu secare paling skema di ats jalan raye..hehehe..)

around 4.30 kami bertolak balik ke kampus..still lagi gelak2 kecil dalam hati dek kerane kisah yg kualami sendiri td..hahahah...tambah lagi..hahahahahahahah!!!!
pade yg baek hati,maaf dipinta,pencucci dosa..maaf ye abg2ku sekelian.bukan ape,xdpt nk control gelak nih lagi..hehehe..pape pown,hari tu memang best giler dan kenangan terindah kite ber-3 kan??xkan ku lupe sampai bile2.agak2nyer..turn wulan bile pulak yer tok bawak kete???hehehehe.....

then..pulang kami ber-3 bagai itik pulan petang ke rumah..hehee..upsss!!!,wulan jelah kowt balik ke situ sbb "mike2 ber-2" tu skrang dah menetap di luar da sekarang.so,terhatlah waktu tok berjumpe "mike2" sekarang nih..



>>>>last destination<<<<< btw,thnks to abg syuk n abg dauz jadi pngapit wulan hari tu.segala silap dan salah harap dimaafi.xmo ade simpan2 dalam hati yer.dlm pewot pun xnk taw.kuarkan aje yer..entry ni hnyer sekadar pengibur hati dan peneman wulan yg kesunyian hari2 yg mendatang nnti.thnks ya!!thanks again to my bro2 "macho" nih.tanpa "diowang" ni,sape la wulan yang paling rendah antara diowang ni..hahaa.pape plan seterusnya,calling2 n roger2 ye..hehehe..




sekian,

salam terindah dari tengku wulan...(-_^)"..

Sunday, February 27, 2011

Sudikah Awak Jadi Isteri Kedua Saya????




"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.

"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.
Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Syazni.

***************

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!
Jika dirimu bakal seorang isteri…

Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri \mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…

Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…


Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!

Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuk!!!



WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI:(Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang

rusukku.



Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,

Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang

rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi

merasakan sakit di hatinya...



Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk

sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan

masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi

membosankan.



Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan

cinta satu sama lain.



Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai

menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA

lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak

cintakan saya lagi!!!".



LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga

berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.



LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang

telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air

mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad

untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi

Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA.


WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan

seorang asing dan bercerai.


LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di

hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.


Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana

banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah

dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Saya akan

kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu

nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan

kembali merasakan sakit dihatinya.

Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah

kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia

patahkan.


*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.

Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang

dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah

terlambat...*



*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh

hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata

yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?



Kira merasakan akan

*menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar

risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*



*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan

akibat yang akan diterima?? *

~Wallahu alam..yang buruk dibuang,yang baik diteladani..(-_^)"..~

Friday, February 25, 2011

Aku mencntaimu kerana agama yang ada pada dirimu.Jika hilang agamamu,maka hilanglah cintaku kepadamu!!!


Dalam kelembutanmu
Ketegasan tak terteguh
Dalam penuh rasa malumu
Suaramu menggegar dunia
Disebalik halus jemarimu
Tergenggam utuh janji setia
wahai bidadari syurga
Kau tambat hati Yang Esa

Tuesday, February 22, 2011

DEMI KASIH....

Assalamualaikum w.b.t...

rasanya dah hampir berbulan lamenye blog nie x dijengah dek tuan tanah...ikutkan bnyk perkara yg nk dicerita...bnyk benda yg nk diura2...apakan daya, masa...kesibukan...kuliah...smuanya perlu diutamakan...semuanya m'jadi tuntutan...

alkisah semua pancaindera...mata...telinga serta segala kudrat perlu dikerah bagi melaksana & melancarkan segala2nya...DEMI KASIH... apapun kita perlu korbankan agar semua hati gembira di samping kita...

badan ni sebenaunyer,masih "dedau2" lagi bak kate orang melake..hehehe,tp keinginan nak menghupdate blog terngiang2 DAN MERONTA2 dalam fikiran dan hati ni..

bile nk bukak cite..erm..panjang rase nk dikarangkan,xpelah,step by step ya bebeh!!!..

citer psl majlis perkahwinan abg... hugh! x leh nk digambarkan suasananya...baik di sebelah pengantin p'puan, apalagi time majlis kt rumah wulan ni... pengantin dinikahkan on friday (28 Jan) di Duyong...then mlmnya majlis berarak... bunga api..merenjis bagai... dkt jam 12 pm baru kami blk ke pangkuan rumah t'cinta...hu..hu... esoknya pkl 11 pg dh b'kumpul rumah ramai2 sblm ke Duyong utk majlis b'sanding sblh p'puan... sekbaik cuaca m'izinkan...byngkn la..p'jalanan ke Duyong bkn dekat, plng tidak 1 jam baru smpi...dalam kul 4 lbh kami bilik rumah.

dr ptg bwk ke mlm... cuaca dh menunjukkan sign... nmpknya x brp nk cantik... hujan still membasahi bumi... dr x kedengaran, smpi la b'gerabak bunyinya... Ya Allah! doa di hati kecil nie, biarlah ia cuma b'sifat sementara... esok nak majlis nie.. camno klu hujan b'pnjangan??

wlupun dlm keadaan cuaca yg x m'izinkan,wulan dan yang laen sudi sinsing lengan m'bantu... kesian tgok sedare mare yang datang dok tolong2.terharu gak tgok bersepakat tok membantu antare satu same laen..ish..ish..terharu den sebenonyer!!

dari potong danging,ayam,mensalai ikan sume dibuat same2.hapir basah lencun la baju dok kene air hujan.pape pun DEMI kasih harus ku teruskan..

sampai kul 2 lbih baru sume keje siap..tu pun de sise2 berbaki yang masih tertangguh yg bakal dilaksanakan dikeesokan harinyer.wuuaaaaa..,ngntoknyer!!!!!!

seawal pagi wulan dikejut,n semua pun bangun tok men"settle"kan kerje2 yang tertangguh mlm td..weeerrkkk..penatnyer!!tp DEMI KASIH harus ku teruskan jugak..

air hujan terus membasihi bumi tatkala majlis mula bermula..xpelah berbisik kata hatiku,mungkin ade rahmat disebaliknya.tp alhamdulillah tetamu yang datang x putus2 datang..hehhee(nak tau,makanan habis laku!!!)

haiya..wa lupa lak mau cite vvip undanganku yang sanggup meredah ujan datang ke rumahku."THANKS" to farah wit arip,Y n adiknyer,KGG kesayangku,abg akim n abang fauzi..n last but not least abg dauz n abg syuk yang sentiase terpahat di hatiku sampai bile2..hehehe..time kasih tau krn sanggup meredah ujan lebat tok sampai ke checkpoint terakhir iaitu di rumah wulan sendiri..heheheh!!!sejok ker>>alaaaa..janji pewot kenyang right???ehemm!!!..errkkkk...hahahaa...

btw,hari yang cukup indah,best,penat,happy,suke..sumelah!!!..sumenyer lengkaplah perisa di hari perkahwinan abgku ni..suke dan duke dirasai same2..DEMI KASIH sumenyer dah terpateri di hati,di sanubari dan di dalam diri juga..

Akhir sekali,ucapan Selamat Pengantin Baru khas buat abgku iaitu abg Khairil & Kak Eamy.smoga berbahagia sampai ke anak cucu n bertambah lagilah anak2 buahku cepat2..hahahhaa.x lupe juga pade sume yang sanggup membanting tulang tok menjayekan majlis ni.DEMI KASIH ku akhiri dengan salam terindah dari tengku wulan yang jaoh di mata tapi dekat di hati ya..syukran jazilan..=)


Merenjis bagai di rumah pengantin pompuan


Ni kete pengatin...cantik x???


Gambar kenangan pengatin bersama parents lelaki dan perempuan


chill bersame sedare mare waktu potong daging ramai2..syokkk habiss!!


proses buang lemak ayam dan lemak badan skali..hahahaa..=)


Bersama Dato' Pengarah UITM Alor Gajah, Melaka


Farah & Arip



abg Syuk & abg Daus


~abg akim wit abg fauzi~