Friday, August 5, 2011

Kehidupan??? & Alam Selepas Perkahwinan (P/S:Wahai LELAKI,cintailah ISTERIMU selepas kamu mengahwininya!)



Alhamdulillah..berkat bulan Ramadhan yang mulia ini dan kesungguhan niat,akhirnya dapat jugak wulan graduate ijazah master jpj motor hari ni..hihihih..Click Me~

Bukan ape,takotnyer mengambil test jpj ni gementar die lebih teruk dari amek spm mase dedulu,mau x cuak rasenyer.maklumlah,orang first pulak amek test jpj pagi td..huhh..Lepas result diberi,Alhamdulillah..LULUSSSS!!!..mekasih pade En.Aznan yang banyak membantu dari awal hingga ke akhir jpj ku hari ni Click Me~

Sebenarnyer ade lagi cite disebaliknya yang menyentuh hati dan perasaan wulan hingaa saat wulan type entry ni.Memang sedih sangat wulan rase klau wulan berada di tempat wanita tu mase tu..Click Me~

Kisahnyer begini,walau pun ia kejap,tetapi membuatkan hati wulan terasa sentap dan marah dekat lelaki tersebut.Ketika wulan sibuk2 dengan gembiranya ke kaunter nak wuat lesen baru, tibe-tibe datang seorang wanita bertudung.Agak2 umurnyer awal-awal 30an.Wanita yang bertudung biru, memakai baru coklat dan berseluar hitam lalu masuk ke dalam pejabat dengan menunduk mukanya lalu terus menuju ke kaunter menanyakan sesuatu kepada kerani di situ Click Me~

Selepas dia pusing alih2 ade seorang lelaki masuk, (mungkin suaminya),die cube berinteraksi dgn lelaki tersebut yang ala-ala macho,berlagak,bermisai,kurus dan tinggi sikit..tibe2 ruangan di pejapat yg seakan kecoh2 sikit terdiam bila lelaki tadi tu menengking perempuan tersebut di khalayak ramaiClick Me~ Mungkin wanita tu isterinya sebab wulan terdengan die panggil "abang" pada lelaki tersebut dan wulan tengok adanya tanda hormatnya pada lelaki tu.

Bayangkan sesuka hati je lelaki tu menengking wanita ni depan orang ramai dengan muke selamber siput sedut die tu.Peeehhh..memang wulan dah panas tgk,nasib baeklah bulan ramadhan,kene sabr sikit hati tu.Click Me~

Wanita yang lemah lembut tu,tidak membantah dan lansung tidak melawan kate2 lelaki itu dan terus mengikut keluar di pintu utama bersama lelaki tersebut.Nampak kesedihan dan tahan malunyer wanita itu depan orang ramai di situ.Kasihan benar wulan melihat wanita tu diperlakukan sebegitu.Tidak bolehkah lelaki itu bersabar dan tidak "menengking" wanita itu di situ.Tidak wajar langsung dan amat memalukan sama sekali bersikap sedemikian!!

Kadang2 wulan tertanyer2,mengapakah manis sangat waktu bercinta,tetapi manisnya cinta itu pudar setelah berkahwin???Mana perginya??Mana hilangnya??hurm...Kadang2,kita terlalu menyayangi seseorang sehingga terlupa pada Pencipta.Akhirnya,sayang yang kita inginkan selepas perkahwinan pudar dan layu di bawa arus perpisahan.cube kita lihat sekarang,ramai yang kawin tetapi x sampai 2-3 hari dah bercerai.Alasannya,tiada keserasian lagi..Masya Allah,minta-minta dielakkan pada kita semua Click Me~

Harap-harap kejadian sebegini x berlaku lagi depan mate wulan.bukan x nak,cume akan meninggalkan sakit hati dan sedih melihatnya.bayangkan wanita yang baik dan lemah lembut bertutur kata ditengking dan dimarah2 percuma je depan orang ramai.kalau wulan di tempatnyer,mau wulan pecut 800 meter lari tahan malu dan sedih Click Me~

Xpelah,moga yang berlaku hari ini menjadi iktibar dan petunjuk bagi wulan dalam melengkapi hari-hari sebagai hambaNya di muka bumi ini.semuanya hanya pinjaman,tiada yang kekal abadi melainkan Yang Maha Esa.Bercintalah dengan hati sendiri dahulu sebelum menyerahkannya kepada orang lain..Click Me~











No comments:

Post a Comment