Sunday, February 27, 2011

Sudikah Awak Jadi Isteri Kedua Saya????




"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.

Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.

"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.
Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Syazni.

***************

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!
Jika dirimu bakal seorang isteri…

Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri \mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…

Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…


Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!

Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuk!!!



WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI:(Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang

rusukku.



Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,

Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang

rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi

merasakan sakit di hatinya...



Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk

sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan

masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi

membosankan.



Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan

cinta satu sama lain.



Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai

menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA

lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak

cintakan saya lagi!!!".



LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga

berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.



LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang

telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air

mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad

untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi

Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA.


WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan

seorang asing dan bercerai.


LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di

hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.


Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana

banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah

dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Saya akan

kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu

nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan

kembali merasakan sakit dihatinya.

Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah

kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia

patahkan.


*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.

Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang

dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah

terlambat...*



*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh

hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata

yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?



Kira merasakan akan

*menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar

risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*



*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan

akibat yang akan diterima?? *

~Wallahu alam..yang buruk dibuang,yang baik diteladani..(-_^)"..~

Friday, February 25, 2011

Aku mencntaimu kerana agama yang ada pada dirimu.Jika hilang agamamu,maka hilanglah cintaku kepadamu!!!


Dalam kelembutanmu
Ketegasan tak terteguh
Dalam penuh rasa malumu
Suaramu menggegar dunia
Disebalik halus jemarimu
Tergenggam utuh janji setia
wahai bidadari syurga
Kau tambat hati Yang Esa

Tuesday, February 22, 2011

DEMI KASIH....

Assalamualaikum w.b.t...

rasanya dah hampir berbulan lamenye blog nie x dijengah dek tuan tanah...ikutkan bnyk perkara yg nk dicerita...bnyk benda yg nk diura2...apakan daya, masa...kesibukan...kuliah...smuanya perlu diutamakan...semuanya m'jadi tuntutan...

alkisah semua pancaindera...mata...telinga serta segala kudrat perlu dikerah bagi melaksana & melancarkan segala2nya...DEMI KASIH... apapun kita perlu korbankan agar semua hati gembira di samping kita...

badan ni sebenaunyer,masih "dedau2" lagi bak kate orang melake..hehehe,tp keinginan nak menghupdate blog terngiang2 DAN MERONTA2 dalam fikiran dan hati ni..

bile nk bukak cite..erm..panjang rase nk dikarangkan,xpelah,step by step ya bebeh!!!..

citer psl majlis perkahwinan abg... hugh! x leh nk digambarkan suasananya...baik di sebelah pengantin p'puan, apalagi time majlis kt rumah wulan ni... pengantin dinikahkan on friday (28 Jan) di Duyong...then mlmnya majlis berarak... bunga api..merenjis bagai... dkt jam 12 pm baru kami blk ke pangkuan rumah t'cinta...hu..hu... esoknya pkl 11 pg dh b'kumpul rumah ramai2 sblm ke Duyong utk majlis b'sanding sblh p'puan... sekbaik cuaca m'izinkan...byngkn la..p'jalanan ke Duyong bkn dekat, plng tidak 1 jam baru smpi...dalam kul 4 lbh kami bilik rumah.

dr ptg bwk ke mlm... cuaca dh menunjukkan sign... nmpknya x brp nk cantik... hujan still membasahi bumi... dr x kedengaran, smpi la b'gerabak bunyinya... Ya Allah! doa di hati kecil nie, biarlah ia cuma b'sifat sementara... esok nak majlis nie.. camno klu hujan b'pnjangan??

wlupun dlm keadaan cuaca yg x m'izinkan,wulan dan yang laen sudi sinsing lengan m'bantu... kesian tgok sedare mare yang datang dok tolong2.terharu gak tgok bersepakat tok membantu antare satu same laen..ish..ish..terharu den sebenonyer!!

dari potong danging,ayam,mensalai ikan sume dibuat same2.hapir basah lencun la baju dok kene air hujan.pape pun DEMI kasih harus ku teruskan..

sampai kul 2 lbih baru sume keje siap..tu pun de sise2 berbaki yang masih tertangguh yg bakal dilaksanakan dikeesokan harinyer.wuuaaaaa..,ngntoknyer!!!!!!

seawal pagi wulan dikejut,n semua pun bangun tok men"settle"kan kerje2 yang tertangguh mlm td..weeerrkkk..penatnyer!!tp DEMI KASIH harus ku teruskan jugak..

air hujan terus membasihi bumi tatkala majlis mula bermula..xpelah berbisik kata hatiku,mungkin ade rahmat disebaliknya.tp alhamdulillah tetamu yang datang x putus2 datang..hehhee(nak tau,makanan habis laku!!!)

haiya..wa lupa lak mau cite vvip undanganku yang sanggup meredah ujan datang ke rumahku."THANKS" to farah wit arip,Y n adiknyer,KGG kesayangku,abg akim n abang fauzi..n last but not least abg dauz n abg syuk yang sentiase terpahat di hatiku sampai bile2..hehehe..time kasih tau krn sanggup meredah ujan lebat tok sampai ke checkpoint terakhir iaitu di rumah wulan sendiri..heheheh!!!sejok ker>>alaaaa..janji pewot kenyang right???ehemm!!!..errkkkk...hahahaa...

btw,hari yang cukup indah,best,penat,happy,suke..sumelah!!!..sumenyer lengkaplah perisa di hari perkahwinan abgku ni..suke dan duke dirasai same2..DEMI KASIH sumenyer dah terpateri di hati,di sanubari dan di dalam diri juga..

Akhir sekali,ucapan Selamat Pengantin Baru khas buat abgku iaitu abg Khairil & Kak Eamy.smoga berbahagia sampai ke anak cucu n bertambah lagilah anak2 buahku cepat2..hahahhaa.x lupe juga pade sume yang sanggup membanting tulang tok menjayekan majlis ni.DEMI KASIH ku akhiri dengan salam terindah dari tengku wulan yang jaoh di mata tapi dekat di hati ya..syukran jazilan..=)


Merenjis bagai di rumah pengantin pompuan


Ni kete pengatin...cantik x???


Gambar kenangan pengatin bersama parents lelaki dan perempuan


chill bersame sedare mare waktu potong daging ramai2..syokkk habiss!!


proses buang lemak ayam dan lemak badan skali..hahahaa..=)


Bersama Dato' Pengarah UITM Alor Gajah, Melaka


Farah & Arip



abg Syuk & abg Daus


~abg akim wit abg fauzi~