Aku hanyalah seorang wanita yang diciptakan dari sesuatu yang bengkok, moga hidayah dan taufiq dariNya bisa meluruskan diriku yang kerdil ini...
Friday, August 19, 2011
"WANITA"...ADAKAH KAU HEBAT???
Siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini.
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising
...perempuan, stoking pun kena pakai.
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
konfem tak tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool jerrr.
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?
Siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit
nak pergi kelas pon susah
cuba tengok budak lelaki, selamber jerr
kadang-kadang setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive jerr.tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit
hebat kan perempuan?
Siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati mereka Allah jadikan lembut betul
cepat je sensitif
cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yang paling susah nak lupa
lelaki lepas putus cinta cepat jerrr cari yang baru
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan? lelaki boleh gelak-gelak lagi
lembut tak lembut hati perempuan
tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki
hebat tak perempuan?
Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah.diorang cakap, Allah tak adilkenapa Allah lebihkan lelaki?
Kenapa perempuan kene dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 orang anak lelaki, tak susah macam nak jaga seorang anak perempuan.
Disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan-perempuan kat luar sana yang memberontak.
Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pun'.
Mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki
mereka sanggup gadaikan diri mereka sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati
kesian kan dekat perempuan?
Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, mereka sanggup rosakkan diri sendiri
mereka cakap mereka buat macam tu sebab Allah tak adil
persoalannya sekarang?
Betul ke Allah tak adil dengan perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?
Betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
tak adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayangkan kaum perempuan
Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tu
mashaAllah, hebatnya perempuan kan?
Kenapa perempuan hebat? Sebab kasih sayang Allah yang jadikan mereka hebat
cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia
masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga
HADIS :
" Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai. "
(Hadis Riwayat Ahmad)
Tak adil lagikah Allah dekat perempuan?
oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah padamu
betapa cintanya Allah padamu.
Tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran-fikiran negatif yang tak berasas dekat Allah?
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
bayangkan dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan
dan seindah-indah hiasan tu adalah wanita solehah.
Kesiannya dekat perempuan yang menolak untuk menjadi seindah hiasan kan?
Wahai wanita, nampakkah anda betapa sayangnya Allah kepadamu. Kenapakah kamu masih berdegil untuk mengikut perintahya. Pernah kah engkau tahu betapa sedihnya Allah pabila melihat kaum wanita yang sepatutnya senang untuk memasuki syurga menjadi perempuan yang durjana.
YA ALLAH !!
Kau ampunkanlah dosa-dosa kami,
Kau berilah kami kesihatan tubuh badan,
Kau berilah kami rezeki yang melimpah ruah,
Kau berilah kami akan jalan yang lurus,
Kau kuatkanlah iman kami...
Amin Ya Rabb...
Monday, August 15, 2011
Kenapa perlu sembah kain hitam???
Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"
"Baitullah tu apa?" ...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"
"Allah ada dalam tu?"
"Tak....."
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."
"Kamu sembah apa?"
"Saya sembah Allah swt"
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."
"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
"Pernah...... selalu.."
"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
"Tengok perlawanan bola la.."
"Di mana?"
"Dalam tv la.."
"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
"So..?"
"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."
"Peliknya.."
"Sebab apa pulak pelik?"
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."
"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."
"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"
"Ya.. tak pelik.."
"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."
peace out!!...(-_^)"..
(Isi yang terdapat dalam Ka'bah)
(Kunci Ka'bah pada mulanya ketika waktu dulu)
"KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS"
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim…bismillahirrahmannirrahim" Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :
"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
Nota: Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW `Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain
Friday, August 5, 2011
Kehidupan??? & Alam Selepas Perkahwinan (P/S:Wahai LELAKI,cintailah ISTERIMU selepas kamu mengahwininya!)
Alhamdulillah..berkat bulan Ramadhan yang mulia ini dan kesungguhan niat,akhirnya dapat jugak wulan graduate ijazah master jpj motor hari ni..hihihih..
Bukan ape,takotnyer mengambil test jpj ni gementar die lebih teruk dari amek spm mase dedulu,mau x cuak rasenyer.maklumlah,orang first pulak amek test jpj pagi td..huhh..Lepas result diberi,Alhamdulillah..LULUSSSS!!!..mekasih pade En.Aznan yang banyak membantu dari awal hingga ke akhir jpj ku hari ni
Sebenarnyer ade lagi cite disebaliknya yang menyentuh hati dan perasaan wulan hingaa saat wulan type entry ni.Memang sedih sangat wulan rase klau wulan berada di tempat wanita tu mase tu..
Kisahnyer begini,walau pun ia kejap,tetapi membuatkan hati wulan terasa sentap dan marah dekat lelaki tersebut.Ketika wulan sibuk2 dengan gembiranya ke kaunter nak wuat lesen baru, tibe-tibe datang seorang wanita bertudung.Agak2 umurnyer awal-awal 30an.Wanita yang bertudung biru, memakai baru coklat dan berseluar hitam lalu masuk ke dalam pejabat dengan menunduk mukanya lalu terus menuju ke kaunter menanyakan sesuatu kepada kerani di situ
Selepas dia pusing alih2 ade seorang lelaki masuk, (mungkin suaminya),die cube berinteraksi dgn lelaki tersebut yang ala-ala macho,berlagak,bermisai,kurus dan tinggi sikit..tibe2 ruangan di pejapat yg seakan kecoh2 sikit terdiam bila lelaki tadi tu menengking perempuan tersebut di khalayak ramai Mungkin wanita tu isterinya sebab wulan terdengan die panggil "abang" pada lelaki tersebut dan wulan tengok adanya tanda hormatnya pada lelaki tu.
Bayangkan sesuka hati je lelaki tu menengking wanita ni depan orang ramai dengan muke selamber siput sedut die tu.Peeehhh..memang wulan dah panas tgk,nasib baeklah bulan ramadhan,kene sabr sikit hati tu.
Wanita yang lemah lembut tu,tidak membantah dan lansung tidak melawan kate2 lelaki itu dan terus mengikut keluar di pintu utama bersama lelaki tersebut.Nampak kesedihan dan tahan malunyer wanita itu depan orang ramai di situ.Kasihan benar wulan melihat wanita tu diperlakukan sebegitu.Tidak bolehkah lelaki itu bersabar dan tidak "menengking" wanita itu di situ.Tidak wajar langsung dan amat memalukan sama sekali bersikap sedemikian!!
Kadang2 wulan tertanyer2,mengapakah manis sangat waktu bercinta,tetapi manisnya cinta itu pudar setelah berkahwin???Mana perginya??Mana hilangnya??hurm...Kadang2,kita terlalu menyayangi seseorang sehingga terlupa pada Pencipta.Akhirnya,sayang yang kita inginkan selepas perkahwinan pudar dan layu di bawa arus perpisahan.cube kita lihat sekarang,ramai yang kawin tetapi x sampai 2-3 hari dah bercerai.Alasannya,tiada keserasian lagi..Masya Allah,minta-minta dielakkan pada kita semua
Harap-harap kejadian sebegini x berlaku lagi depan mate wulan.bukan x nak,cume akan meninggalkan sakit hati dan sedih melihatnya.bayangkan wanita yang baik dan lemah lembut bertutur kata ditengking dan dimarah2 percuma je depan orang ramai.kalau wulan di tempatnyer,mau wulan pecut 800 meter lari tahan malu dan sedih
Xpelah,moga yang berlaku hari ini menjadi iktibar dan petunjuk bagi wulan dalam melengkapi hari-hari sebagai hambaNya di muka bumi ini.semuanya hanya pinjaman,tiada yang kekal abadi melainkan Yang Maha Esa.Bercintalah dengan hati sendiri dahulu sebelum menyerahkannya kepada orang lain..
Thursday, August 4, 2011
"Bila engkau letih dan hilang semangat
Allah tahu engkau mencuba sedaya upaya
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu duka
Allah telah mengira titis air matamu
Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu
Allah tetap bersamamu
Bila engkau kebuntuan akal
Maka Allah adalah petunjuk jalan
Apabila engkau telah berazam
Maka bertawakallah kepada Allah"
Wednesday, August 3, 2011
Istikharah Cinta...
~Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang~
Aku mulakan langkah ini...
Subhanallah...
Maha Suci Engkau Ya Allah...
Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Diistikharah cinta..
Ada doa seiring malam yang berdendang
Ada tangis dalam pagi yang bergemerlapan
Ada tawa dan bahagia yang datang
Dan ada taubat dalam subuh yang menjelang
Aku makhluk di bumi
Lelah dan inginkan keindahanmu
Rindu pada Ramadhan yang khusyuk
Cinta pada senandung ayat-ayat Al-Quran yang beriringi
Marhaban Ya Ramadhan
Masih ada waktu menyambutmu
Tapi hatiku was-was tak terkira
Takut tidak bisa merangkulmu
Kau begitu dekat
Seakan mudah untuk dihampiri
Tapi Allah pemegang detik waktu
Aku pun harus tabah jika harus pulang di hujung penantian
Harapan Ramadhan akan terus bersinar
Berjalan membersihkan semua dosaku
Membasuh seluruh raga
Dengan tarian taubat
Menyejukkan mata dengan tontonan syurga
Dan memantapkan telinga dengan nyanyian-nyanyian
Para Malaikat
Ada untaian kemaafan
Untuk semua makhluk
Khilaf yang tercipta
Dosa yang terbaki
Dan cela yang menilakan belanga
Salam Ramadhan,
Mohon maaf lahir dan batin...
~Ikhlas dari Tengku Wulan~
Rindu Sang Musafir...
Setiap malam yang kulalui
Dan setiap bulan yang kusapa
Terasa indah di depan mata
Dan mudah sinar ketika mentari tiba
Rasa takut dalam diri selalu menyelimuti
Akan ketakutan di pagi hari
Rasa sedih dalam hati selalu menghantui
Akan kesedihan di malam hari
Ombak yang menyapu seakan sia-sia
Menghapus semua khayalanku
Terasa bersanding di puncak tinggi
Dua bunga yang kusapa
Menjadi beban khayalku
Aku ingin menjadi orang nomor satu
Namun semua kerana kebodohanku
Aku sadar bahwa aku salah
Dan aku juga sedar
Bahawa aku bukan mereka
Dan mereka bukan aku
Malamku jangan kau bersedih
Pagiku jangan kau menangis
Siangku jangankau mengeluh
Subuhku jangan kau meredup
Semua kerana
Harapanku masih tergantung pada keindahanmu
Subscribe to:
Posts (Atom)