Saturday, October 16, 2010

Adakah ISLAMdi hatimu..????


Memori Ramadhan
Di sini ingin ku kongsi memori hidupku.
Aku bukan seperti kalian dilahirkan sebagai seorang Islam,
Aku dilahirkan dari keluarga yang bukan Islam,
Ini takdir ku….aku tidak pernah menyalahkan Tuhan,
Aku mula mempelajari Islam kerana ada kepentingan,
Aku belajar Islam tanpa ada niat untuk memeluknya,
Apa yang aku inginkan telah aku perolehi,
Sungguh aku ini mementingkan diri sendiri,
Tatkala bergembira di dalam dimensi sendiri,
Pintu hatiku di ketuk oleh sinar kebenaran,
Sinar kebenaran itu adalah hidayah Allah, ISLAM,
Malam itu aku pergi bertemu seorang ustaz,
Takut-takut hidayah ditarik balik,
Memori 17 Ramadhan masih segar di ingatan,
Malam itu aku diajar mengucap kalimah tauhid,
Malam itu juga aku mengisytiharkan keIslaman diriku,
Dengan rela hati tanpa sebarang paksaan,
Berita gembira ini ingin ku kongsi bersama keluarga tersayang,
Pulang ke rumah ku khabarkan segalanya,
Kerana ku ingin mengajak mereka ikut bersama ku di jalan yang benar ini,
“dan berilah peringatan kepada keluargamu yang terdekat”.
(Surah asy Syu’ara’; ayat 214)

Tetapi apa yang ku dapat adalah,
Aku diikat, disebat, dan di campak ke dalam longkang,
Perit sahabatku, siksa sahabatku , sakit duhai sahabatku.
Suatu hari aku berjaya dibebaskan oleh seseorang,
Aku keluar pergi berjumpa dengan ustaz tadi,
Lantas ku tanyakan satu soalan,
Patukah aku tinggalkan keluargaku?
Lantas ustaz tersebut menyarankanku supaya terus bersama keluargaku,
Aku disuruh masak berasingan tetapi makan semeja dengan mereka,
Sekali lagi aku diuji, apabila aku tiba dimeja makan,
ku hadiahkan kuntuman senyuman,
Yang lahir dari hati yang merindukan kasih sayang keluarga,
Apa yang ku dapat hanyalah jelingan tajam,
Semua keluargaku makan di tempat yang berasingan dariku,
Pilu hatiku, jijikkah mereka melihatku?
Ku lalui kehidupan penuh penderitaan ini selama dua tahun,
Selama dua tahun jua aku menderita,
Tanpa kasih sayang keluarga,
Layanan keluarga amat menyedihkan, hati ini pedih bagai dirobek-robek,
Tatkala diri memandang wajah tua ayah bonda,
Kerinduan mencucuk bagai sembilu tajam,
Hanya sabar yang mampu ku lakukan,
Syukurlah mereka masih menerimaku tinggal disini,
Mujur Allah sentiasa disisi, dan ustaz selalu menasihati,
Lalu kugagahkan diri,
Dalam bulan ramadhan juga,
Barlaku suatu peristiwa, di mana bapaku,
yang berusia 80 tahun bakal dijemput Ilahi,
Adat keluargaku, bila seseorang sedang nazak,
dia bakal ditinggalkan,
Tetapi aku sebagai seorang Muslim, sebagai anak,
Mana mungkin tergamak hatiku melihat
Bapaku menghadapi sakaratul maut seorang diri,
Aku menunggu dan terus menunggu,
Setiap kali bapaku menggerakkan tubuhnya,
Kubisikkan kalimah “lailahaillallah”,
Tatkala nyawanya hampir tercabut dari jasadnya,
Dapat kulihat bapaku mengangguk,
dengan anggukan itu maka keluarlah rohnya,
Luluh hatiku melihat jenazah bapaku,
Tiada lagi insan bernama bapa,
Yang selalu bersamaku suatu masa dahulu,
Oleh kerana tiada bukti bapaku meninggal secara Islam,
Jadi jasadnya dikebumikan mengikut adat keluargaku.
Aku terpaksa mengikut adat keluargaku jika aku ingin melihat jenazah bapaku,
Iaitu dengan memakai pakaian serba hitam,
Banyak orang Islam mengutuk ku habis habisan,
Kerana ku berpakaian sedemikian,
Orang dari keturunan ku juga mengutuk ku habis habisan,
Kerana aku memeluk Islam,
Aku buntu kerana dikutuk oleh dua belah pihak,
Aku kuatkan semangat demi Islam,
Sampai dikuburan, bapa aku dikebumikan,
Malam itu kami pulang dalam keadaan kepenatan,
Hiba dihati masih terasa, malam itu ibu bermimpi,
Bapaku duduk di satu taman yang cukup cantik,
Taman yang tak pernah ada di dalam dunia ini,
Bila ibu tersedar, ibu terus mendapatkanku,
Sebab aku sahaja yang menjaga bapaku ketika beliau sakit.
Lalu ibuku bertanya, apa yang telah,
Aku lakukan kepada bapaku sehinggakan bapa begitu gembira,
Sambil itu ibu menceritakan mimpinya tersebut,
Lama kutenung wajah tua ibuku, sungguh aku rindukan ibu,
Kuhentikan lamunan tersebut,
Lantas ku khabarkan yang sebenarnya kepada bonda,
“Ibu sebelum bapa pergi, saya telah bisikkan kalimah lailahaillallah
Saya yakin bapa mati dalam Islam, ibu “
Dengan senyum yang penuh kegembiraan,
Ibuku luahkan hasrat ingin mengikuti ayahku,
Dengan hidayah Allah, ibuku juga Islam,
Beliau memelukku dengan penuh kasih sayang,
Allah, itulah pelukan yang kurindu,
Dua tahun ku nantikan pelukkan itu,
Seluruh keluargaku memeluk Islam,
Aku bahagia, aku sangat bersyukur,
Di situ juga aku sujud tanda kesyukuran pada Allah,
Mujurlah aku tersedar, jika tidak aku bakal mati sebagai “non-muslim”.
Tidak dapat menghidu bau syurga, nauzubillah,
Di sini aku ingin tinggalkan satu persoalan,
Sahabat-sahabat yang dilahirkan sebagai Muslim,
Bebas menganut agama Islam,
Tidak dihina, disiksa jika menganut Islam,
Pernahkah anda bersyukur?
Cuba renungkan...

Friday, October 15, 2010

Tanggungjawab suami menjadi imam vs wanita perlu pandai memasak???...

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita relax saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati,kata mereka

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadis juga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangga nya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.

Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkanundang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam,belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimami satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus beberapakawan wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembah yang jemaah di rumah bersama anakisteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinyalebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri -sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan seperti mana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki.

WANITA seperti EPAL...


Epal yang tidak berkualiti amat mudah di perolehi kerana ia berguguran di tanah.

Tapi epal yang tak mampu di beli berada di puncak.

Susah di petik, susah di gapai.

Terkadang epal itu risau,

kenapa la diriku belum di petik?

Lantas ia merendahkan martabatnya

dan mengugurkan diri menyembah tanah.

Sedangkan ia sebenarnya Allah jadikan begitu tinggi martabatnya,

sehingga tidak ada sesiapa berani memetiknya.

Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.

Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat?

Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi..... :)

Friday, October 8, 2010

Dunia oh dunia..


Alhamdulillah...hari ni masih lagi ku bernafas di muka bumi Allah yang tercinta ini. Semalam,minggu lepas banyak sungguh dugaan yang kuterima..takdirkah?? xpelah anggaplah itu hanya dugaan dan cabaran aku sebagai makhluk kerdil di muka bumi ini..dugaan..dugaan..dugaan..lawannya: sabar..sabar..sabar..!!..biarla aku jatuh hari ini kerana aku boleh bangkit hari ini agar esok dan seterusnya aku boleh hidup tenang dan tabah menghadapinya.Mungkin aku x meminta jadi begini tapi apa yang kuterima ini aku anggap ini satu ketentuan dan dugaan bagiku sebagai makhluk di muka bumi Allah tercinta ini.Muhasabah cinta??..cinta kepada sape??siapa yang berhak mendapat cintaku??tp itu x penting,yang lebih penting adakah cintaku pada yang Esa diterima????...sungguh aku takuti.MATI??tidak kuketahui..aku hanya berharap agar aku dimatikan dalam keadaan baik dan dalam keadaan beriman.kadang-kadang aku terpikir..kenapa aku ada di dunia ini???mengapa aku ada di dunia ini??untuk apa???aku tidak mempunyai apa-apa di muka bumi ini..nothing.aku kosong!itulah kenyataannya..semuanya hanya sementara dan hanya pinjaman...

air yang kamu minum datangnya dari sapa??
udara yang kamu sedut tu,sape yang bagi??
nyawa yang kamu ada,sape yang bagi pinjam??
kekayaan yang kamu miliki,akan kekalkah??
kaki dan tangan yang kalian gunakan,datangnya dari siapa??
bumi yang kamu pijak sekarang,milik siapakah??
bintang dan bulan yang kamu lihat,siapakah penciptanya??

Ya Allah..aku malu Ya ALlah..aku ni hanya dipinjamkan saja ke dunia ini.
aku tidak memiliki apa-apa Ya Allah
aku ini hanya semetara saja Ya Allah..
tapi aku tidak pernah bersyukur dengan segala nikmat yang Engkau berikan padaku
ampuni aku Ya Allah..ampuni aku Ya Allah..
aku malu dengan mu Ya Allah..
aku memohon petunjuk darimu Ya Allah..
bagilah sinar pada hidupku
bawalah aku ke jalan benar
jangan kau biarkan aku jauh dan melupakanmu
jangan hilang dalam hidupku walaupun seketika waktu
aku buntu Engkau Ya Allah
Hadirlah dalam setiap hari-hariku
jangan biarkan aku lalai dalam kehidupan di dunia ini
sesunggguhnya aku mengetahui,dunia ini hanya pinjaman
bantu aku Ya Allah untuk aku sentiasa mengingatimu
agar aku sentiasa sujud padamu
agar hidup dan matiku hanya padamu..
insya Allah..amin Ya Rabb..

Monday, October 4, 2010

Ada "INSAN" dihatiku...

INSAN..pertama kali ku menjejakkan kaki ke universiti ini,aku mengenal sebuah name."INSAN"..hurm..ape tu.?cutenyer..macam best je..lalu kuserapkan dalam hati untuk mengetahuinya lebih dasarnya..erm..boleh ke aku nk berkenalan dengannya??

Alhamdulillah, malam tu aku free,then ade satu majlis malam pandang pertama.Lalu,aku membawa diriku ke masjid bersama teman-teman.Indahnyer malam tu ibarat malam pertama..hehhee..Eishh,merepek pula.Xdelah, malam tu rase best melihat senior2 mmperkenlkan biro2 mereka.Wahh..rase tringin pula nk duduk kat depan dan bercakap seperti mereka.Bersemangat,bekeyakinan dan menghiburkan hati.Indah..memang indah saat2 tu..

Basahilah wajahmu dengan air sembahyang
dan jangan sesekali wajahmu yang ayu
degenangi air mata kecewa kerana cinta manusia
basahilah bibirmu dengan lipstik jenama zikir
serikan wajahmu dengan wudhu' yang sempurna
cinta pada bangsa kan layu akhirnya
cinta pada harta kelak kan binasa
cinta Ilahi,tulus suci dan abadi..

nilah bait-baik kata yang aku dapat pada malam tu
kufikir dan terus memikirkannya
baru ku sedar dan memahami maksudnya..

Tapi malam tu, kurasa sedih sedikit kerana x sempat untuk mendaftarkan diri dalam biro-biro dek kerana kawanku menghadapi sedikit masalah.xpelah,mungkin mlam ni bukan nasib aku, mgkin juga ade hikmah disebaliknya..lalu aku berundur dan pulang ke hostel semula..tapi aku tidak berhenti dari mengenal "insan", mendekatinya dan mengorek rahsia tentangnya..

Enam bulan kemudian...
tiba-tiba, aku diberi sehelai kertas yang amat menyentuh hati dan perasaanku.Aku renung dan renung ayat2 yang amat mendalam mksudnya..setelah ku membacanya,ku mencari org yg memberi kertas kepadaku tadi..aik,mane org tadi ye???..ku mencari dan terus mencari..akhirnya ku temuinya di dalam libry..Aku cube mendekatinya,dan kucuba menanyakan beberapa soalan padanya.Akhirnya die mmbuka peluang dan tunjukkan jalan yg terbaik untukku..

Dari situ,bermulanya hidupku..satu persatu aku belajar dan aku fahami.Dari situ jugalah kumengenal erti hidup mahupun diri ku sendiri."TAKDIR"..itu yang kupegang ketika bersama INSAN.Aku menyukainya,menyayanginya dan aku harap biarlah ia kekal dalam hidupku.Biar segenap dunia mengetahui perasaan aku padanya.Yang bernama INSAN xkan ku lupakan dalam hidupku..insya Allah..

INSAN..kau byak mengajarku,byk membimbingku,byk menyedarkan aku,bertapa bernilainya harga diri kita,bertapa istimewanya kita..xmungkin aku buang kau dalam hidupku..
INSAN,akn ku jaga namamu ibarat diriku sendiri,xkan kupersiakanmu dalam hidupku..

Hari ini,baru ku sedar ape itu ikatan antara INSAN.ukhuwah yang kuat dan kasih sayang yang terpateri di hati.x mungkin berbelah bagi..tenangnyer diri bila bersama INSAN.INSAN..oh INSAN,mengapa kau tidak dtg dahulu dalam mimpi2ku..??cewahhh..ayat sungguh!..hehehe..xpelah,yang penting die bersama diriku..

INSAN,ibarat keluarga ke-2 ku..di situ aku dapat mengenal dan memahami antara satu sama lain,malah segala permasalahan dapat diselesaikan bersama.Untungnya kurasa bila bersama INSAN.Ada orang yang take care tntang diri kita,ade org syg kita dan mereka lebih memahami kita.Jujurnya INSAN amat bermakna buatku.Aku xseperti dulu..tapi,bila ku mengenal INSAN,hidupku berubah dan terurus jalannya..

Untukmu INSAN,biar apa pun terjadi,biar sebesar mana pun dugaan yg kutanggung utk kekal bersamamu,akanku pertahankan dan kuperjuangkan.Kau ibarat jantung ke-2 ku.xkan kupersiakanmu dalam hidupku ini.Akan ku berjuang demi jalan Allah untuk kekal bersamamu..Insya Allah..terimalah diriku seadanya di dalam INSAN..

~INSAN di hatiku..~