Wednesday, September 15, 2010

CINTA..

Bahagiakah hidup tanpa cinta?....bagiku...aku tak mampu hidup tanpa cinta...kerana cinta itu memberiku kekuatan...memberi aku semangat..membuatkan aku bahagia....kerana cinta itu membuatkan hatiku sentiasa mengingatiMU...MerinduiMU...ya RAHMAN..Jangan jauhkan hati ini drp menyintai MU..Kerana sunyilah hidupku tanpa kasihMU..Ketika diri tersungkur,ku harapkan bimbinganMU agar aku mampu berdiri kembali menghadapi kehidupan ini...aku hanyalah seorang musafir di bumi ini...siapalah aku YA ALLAH disini tanpa redha MU,jika ENGKAU murka pada diri ini pada siapa lagi tempat ku mengadu...YA GHOFUR...Ampunkan segala kesalahanku...aku tak sanggup hidup tanpa cintaMU menemani hari-hari ku..ku pohan YA ALIM agar kasihku tidak terhalang dengan godaan dunia...jangan hijabkan hatiku daripada mengingatiMU&mentaatimu...aku yakin cinta sejati serta kekal abadi selamanya..hanyalah cinta padaMU...ku pohon agar kasihku ini tidak diuji ....YA RABBUL ALAMIN....

Ya Allah..

“Ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya banyak dosa-dosa yang telah aku lakukan. Ampunkanlah dosa-dosa besar, dosa-dosa kecil, dosa-dosa yang aku ketahui dan dosa yang aku tidak ketahui. Ampunilah dosa-dosa penglihatanku, dosa-dosa tutur kataku, dosa-dosa pemdengaranku, dosa-dosa lintasan hatiku, dosa-dosa penulisanku dan dosa-dosa yang hanya Engkau ketahui. Ya Allah, jika aku pernah melakukan syirik, pernah menduakanmu, ampunkanlah daku ya Allah. Aku tidak pernah berniat begitu, jika ia berlaku adalah kerana kebodohan dan kejahilan aku ya Allah. Sesungguhnya aku adalah manusia yang terlalu hina, fakir dan tidak berilmu ya Allah”

Allah tiada bandingannya...

Lewat semalam aku berbaring sambil menatap syiling.Membuka kembali helaian kenangan di mana suatu ketika dulu aku takut menyebut nama Tuhan,Allah SWT.Ketika itu aku masih lagi remaja dan belum bergelar Muslim.Entah apa yang aku fikirkan mengenai Allah,Maha Hebat,Perkasa..dan Maha Esa.Aku tidak mahu menyebut nama Allah sembarangan.Walaupun jauh di sudut hati amat teruja dengan nama itu.Lidah kelu namun hati berdenyut membesarkan namaMu yang satu.


Sehingga aku bergelar Muslim nama Allah yang sudah terpateri dalam diri masih juga kusimpan seperti barang berharga.Bimbang seperti butiran mutiara di mulut akan terlepas tika ucapan dan bualan bersama taulan.Ilmu yang kuhadamkan mengenali nama itu melalui Risalah Tauhid..sifat 20 yang lazim aku pelajari.Nama itu sungguh indah dengan cantuman sifat-sifat Maha Agung..Maha Esa.


Katakan Dialah Allah yang Esa(tunggal)...Allah tempat bergantung sekelian makhluk...Tiada beranak dan tidak diperanakkan...Dan tidak satu pun yang sebanding dengan Nya.Betapa indah bila terjemahan jawinya kufahami.Dia ,Allah tidak ada permulaan..dan tidak akan ada akhirnya.Sesuatu yang tidak terjangkau akal makhlukMu ini.Bagiku Allah SWT,Tuhan menurut agama yang Maha suci ini terlalu ideal,sempurna.Tidak ada hujjah yang dapat menyanggah konsep ketuhanan.Maha Suci dari apa yang mereka sangkakan.


Kita muncul pula di bumi bertuah ini Liberalisme yang mendokong kesamaan ketuhanan.Dengan iman aku menolak.Dan atas nama imanku..aku bermohon nama Mu yang suci tidak akan menjadi mainan sebagaimana aku takut menyebutnya suatu ketika dulu.

Kalau Allah tu Maha Baik,mengapa ada NERAKA??

ni kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:”Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga… Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.

“Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:”Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Sunday, September 12, 2010

The Arrivals pt.1 (intro)

Fesyen Tudung Bersanggul...BOLEHKAH???


Sanggul yang saya maksudkan adalah seperti dalam gambar disebelah. Memakai tudung yang menampakkn bonggolan dikepala. Jadi, sebab tadi saya dah terbaca berkaitan pemakaian tudung sebegini, jadi semestinya saya share dengan anda semua . Renungkanlah hadith-hadith dibawah:

“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat).

Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang.

Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” – Hadith Riwayat Muslim. Hadith no 212.

Jawapan dari Ustaz Nor Amin

Ingatan kepada semua, wanita yang tidak menutup aurat adalam dosa dan haram perbuatan tersebut. Wanita yang bersanggul tinggi yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram sepertimana dinyatakan oleh hadis yang pertama di atas. Masalah ini beza dengan wanita yang bertudung, tetapi mempunyai sanggul tinggi di dalam tudungnya.

Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.

Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.

Jika dilihat dari tren orang sekarang ini berfesyen seperti sanggul tinggi dan fesyen tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesyen tersebut. Pendapat saya, jika fesyen tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram. Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud :

“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).

Sumber: Ustaz Nor Amin Sayani bin Zainal

Wednesday, September 1, 2010

Majlis Berbuka Puase Bersama Anak-Anak Yatim Kompleks Fatimah Az-Zahrah













Teknik Bercakap Di Halayak Ramai..


Jadi, dua tips sudah anda pelajari tentang cara bercakap dikhalayak ramai. Pertama, sedari cara anda berdiri semasa anda gementar dan kedua perhati dan tiru cara orang professional berucap.

Tips ketiga…….. mudah sahaja tips ini. Bayangkan semula semasa anda berucap di depan khalayak ramai. Jika anda atau sesiapa sahaja sedang berucap dalam keadaan berdebar dan gementar, tahukah satu perkara yang anda atau mereka lupa lakukan? Apa agaknya yang anda mungkin terlupa lakukan ya…..?

Percaya tak kalau saya kata anda lupa untuk BERNAFAS……….? Pelik tak bunyinya….?

Ini adalah benar. Kerana anda terlalu rasa berdebar, anda mungkin masih bernafas, tetapi anda tidak bernafas dengan normal. Anda bernafas dengan begitu laju macam anda baru berlari pecut seratus meter. Mungkin anda tidak sedar tentang perkara ini.

Oleh kerana anda bernafas dengan terlalu laju, ada dua perkara utama yang berlaku.

Pertama, percakapan anda menjadi laju. Bayangkan anda bercakap 100 patah perkataan dalam satu nafas, laju tak agaknya? Tentu laju bukan? Ini membuat percakapan anda tidak jelas. Penonton pula tidak akan faham apa yang anda katakan. Disebabkan itu, anda jadi semakin berdebar, lalu pernafasan anda semakin laju. Silap-silap, anda akan jatuh pengsan…….

Kedua, pernafasan yang laju adalah pernafasan yang pendek. Ini bermaksud, udara cuma berada dalam paru-paru anda sekejap sahaja sebelum ia dikeluarkan semula. Paru-paru anda tidak akan sempat untuk menyerap oksigen dengan baik, lalu anda akan kekurangan oksigen. Lebih teruk lagi, kekurangan oksigen ini akan mengurangkan keupayaan anda untuk berfikir dengan baik kerana otak anda kekurangan oksigen. Jadi, ucapan anda menjadi kelam kabut. Kemudian apa? Semakin teruk lagi perasaan gementar anda dan semakin teruk lagi ucapan yang anda berikan.

Jadi, latihan hari ini, berdiri depan cermin, cuba bernafas dengan laju. Bernafas macam anda baru dikejar hantu… Cuba perasan apa rasanya… bolehkah anda berfikir dengan baik kalau dalam keadaan begini…..?

~Oleh Motivator Terkemuka,Osman Affan

Gadisku…

Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Namun…tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari diri, umpama mawar merah, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta panahan warnanya yang terserlah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang..tapi awas..duri yang melingkari dirinya bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Gadisku…

Aku suka sekirannya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah. Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa cirri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah…umpama sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup…sudah pasti keinginan diri kuat untuk melihat permata yang tersembunyi rapi tentulah melebihi daripada yang terdedah. Wanita solehah yang taat dan patuh kepada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun, segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yang bersarang di dalam dirimu lebih-lebih lagi ‘title’ gadis yang engkau miliki, sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada. Namun ingatlah gadisku, sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah pasti akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu. Yang paling penting gadisku engkau mestilah mempunyai azam, usaha dan istiqamah.

Gadisku…

Akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggal dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu. Sesungguhnya Nabi S.A.W ada mengatakan tentang bahaya dirimu “Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita”. Oleh itu gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasi dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam, kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku…

Dalam hidupmu engkau pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yang tewas kerana cinta. Bercinta itu tidak salah, tetapi memuja cinta itu yang salah. Ini kerana disebabkan cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta juga maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasullullah S.A.W yang membawa maksud “Sesungguhnya cinta itu buta”. Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan bukan kerana Allah S.W.T. Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tidak beharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah S.W.T. Semoga itu mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan timbul rasa cinta dan kasih kepada Penciptamu.

Gadisku…

Menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai. Tetapi, apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti akan bertaut kembali. Dalam usia mudamu, sibukkanlah diri dengan ilmu yang mampu menajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.

Akhir kalam, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama. “Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kabahagian yang hakiki untuk seorang insan dan ia tidak kekal abadi kerana manusia itu sering membuatkan seseorang kecewa, gagal, merasa terseksa. Oleh itu, tiada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri…”

Permata Yang Dicari..


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Jangan Terlepas Solat Subuh Ya...!!

Sehari Bersama Yang Teristimewa..











Sehari Bersama Yang Teristimewa
29 Ogos 2010-Ahad
Kerjasama Antara Kolej Dang Anum UITM Melaka
& Pusat Jagaan Terencat Akal,Bukit Baru Melaka

Majlis Khatam Al-Quran dan Ceramah Sayang Seorang Wanita..







Ahad-15/8/2010
Bertempat di Masjid Al-Hikmah UITM Melaka
Bersama Qalbu Development & Kolej Dang Anum

INDAHNYER KAMU DILAHIRKAN KE DUNIA..

CINTA HAKIKI MEMBAWA KE SYURGA...


Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa semenjak melihat pemuda itu. Si Pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.

Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”

Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya cinta aku pada Allah melebihi cinta aku kepada kedua ibu bapaku! bahkan aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”

Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, ‘Selamanya aku belum pernah menemui seorang lelaki yang teramat mencintai Allah, yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan lelaki adalah munafik (hipokrit).”

Setelah berkata demikian, gadis itu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu dia tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.

Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu hari, Pemuda itu bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?”

Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair:

Kasih...
Cinta yang terindah adalah mencintaimu,
Sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
Burung syurga menjauh
Dan malaikat menutup pintu.

Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?”

Kekasihnya menjawab dengan menuntunkan syair:
Aku berada dalam kenikmatan
Dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
Berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
Yang tidak mungkin binasa
Yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih

Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!”
“Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu.

Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?”
“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari, “jawab kekasihnya.

Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih saying-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga. Amiin...


Adam.....
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan
hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau
pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi
tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa
inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari
landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih
ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah
sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika
bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah
dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu
maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang
mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak
lebih dari empat pada satu waktu.

Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang
membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu
yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan
gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi
sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi
isterimu. Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi
perkara.

Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang
menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum
wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau
diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan
mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan
Tuhanmu.

Tapi Adam,
nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi
pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai
menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan
yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku
tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar,
di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku
keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari
hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu,
aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan
guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang
sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan
memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara
kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja
aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi
menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau
sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang
kasih sucimu terhadapku?

Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa
terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa?
Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak
jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh,
guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu
berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak
mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang
dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah
didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi
Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam
melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap
mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh
terhadap kaum Hawa?

Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah
ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau
lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala
aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu
nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku,
kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku
tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan
kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar
menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku
agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan
karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para
sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita
tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku
yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah
engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang
engkau agungkan itu...

Insya Allah..



SETIAP MASA
KAU RASA KAU SEORANG
KAU RASA HILANG DAN SANGAT KESEORANGAN
TERLIHAT MALAM
DAN KEGELAPAN DI SEMUA TEMPAT
KAU RASA HILANG PERTOLONGAN
DAN TAK DAPAT LIHAT KE MANA KAU PERGI
JANGAN TAKUT
DAN JANGAN PANDANG LEMAH
SEBAB ALLAH SENTIASA BERADA DI SISIMU
INSYA ALLAH..
KAU AKAN MENEMUI JALANNYA

KADANG KALA
KAU AKAN BERBUAT SESUATU SALAH
KAU RASA KAU BOLEH HADAPINYA
UNTUK CARI JALAN PENYELESAIANNYA
KAU NAMPAK KELIRU
KESALAHAN PILIHAN YANG TELAH KAU LAKUKAN
BAGAIMANA HIDUP KAU
DI MANA FIKIRAN DAN HATI PENUH DENGAN MALU
JANGAN RASA TAKUT
ALLAH SENTIASA ADA DI SISIMU

MASA BERSAMA ALLAH TIDAK AKAN JAUH
LETAKKAN KEPERCAYAAN PADANYA
BERDOA PADANYA
OH YA ALLAH…
BAWALAH LANGKAHKU PERGI
ENGKAU HANYA SATU BAGIKU
TUNJUKANLAH JALAN PADAKU
INSYA ALLAH…